Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA ayat kursi BERJAYA MENCAPAI 91 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH MUSLIM

41  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0022.
Dari Sa'id bin Musayyab r.a., dari bapanya, katanya: "Ketika Abu Thalib hampir meninggal, Rasulullah saw. datang mengunjunginya. Didapati beliau di sana telah berada Abu Jahl dan Abdullah bin Abi Umayyah bin Mughirah. Sabda Rasulullah saw., "Wahai, Paman! Ucapkanlah La Ilaha Illallah. Yaitu sebuah kalimah, yang aku akan menjadi saksi bagi Paman nanti di hadapan Allah." Kerana itu Abu Jahl dan 'Abdullah bin Abi Umayyah berkata, "Hai, Abu Thalib! Bencikah Anda kepada agama 'Abdul Muththalib?" Rasulullah terus saja mengajarkan dan mengulang-ulang ucapannya itu, tetapi akhirnya Abu Thalib mengatakan kepada mereka, bahawa dia tetap memeluk agama Abdul Muththalib, dan enggan mengucapkan La ilaha illallah. Sabda Rasulullah saw., "Demi Allah! Akan ku mohonkan ampun bagi Paman selama aku tidak dilarang melakukannya." Lalu Allah' Azza wa Jalla menurunkan ayat, "Tiada layak bagi Nabi dan bagi orang-orang yang beriman, memintakan ampun (kepada Allah) bagi orang-orang musyrik, walaupun orang-orang musyrik itu kaum kerabatnya, setelah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu penghuni neraka." (Taubah : 113) Kemudian Allah 'Azza wa Jalla menurunkan pula ayat yang bertalian dengan peristiwa Abu Thalib. Firman Allah kepada Rasulullah saw., "Sesungguhnya engkau tidak berkuasa menunjuki orang yang paling engkau cintai itu, tetapi Allah yang berkuasa menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya. Dia lebih tahu siapa yang patut mendapat petunjuk." (Al Qashah : 56).

42  
Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1438.
Dari Sa'id bin Jubair r.a., katanya dia ditanya orang mengenai suami isteri yang saling tuduh, iaitu mengenai isteri Mush'ab, apakah keduanya diceraikan? Kata Ibnu Jubair, "Kerana aku tidak tahu hukumnya masalah tersebut, aku tidak menjawabnya. Tetapi sesudah itu aku langsung datang ke rumah Ibnu 'Umar di Mekah. Aku minta izin melalui pelayannya untuk bertemu dengan beliau. Tetapi rupanya Ibnu 'Umar mendengar dan mengenal suaraku. Lalu katanya, "Ibnu Jubairkah itu?" Jawab ku, "Betul, ya Ibnu 'Umar!" Kata Ibnu 'Umar, "Silakan masuk! Demi Allah, anda tentu tidak akan datang ke sini pada saat-saat seperti ini kecuali untuk urusan penting." setelah aku masuk lalu diberikannya tempat duduk pelana kuda dengan bantal berisi sabut. Kataku, "Ya, Abu' Abdur Rahman! Aku hendak bertanya perihal suami isteri yang saling tuduh menuduh. Diceraikankah keduanya?" Jawab Ibnu 'Umar, "Subhanallah!, Ya, diceraikan. Sesungguhnya orang yang pertama-tama bertanya masalah itu ialah si Fulan bin Fulan. Katanya, "Ya, Rasulullah! Bagaimana pendapat anda jikalau salah seorang kami mendapati isterinya berbuat serong, apakah yang harus dilakukannya? Jika dia berbicara maka dia membicarakan suatu masalah besar dan jika diam, ialah kerana masalah besar pula. Kata Ibnu 'Umar, Justru Nabi saw. diam saja, tidak menjawab. Kemudian orang itu datang lagi kepada beliau, katanya: "Sesungguhnya masalah yang pernah ku tanyakan pada anda tempuh hari, adalah masalahku sendiri di mana aku dicubai dengannya." Lalu Allah Ta'ala menurunkan ayat: "Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, (An Nur : 6). Rasulullah saw. membacakan ayat itu kepadanya, memberinya pengajaran, memperingati, dan mengkhabarkan bahawa seksa dunia lebih ringan daripada seksa akhirat. Kata lelaki. "Demi Allah yang mengutus anda dengan kebenaran aku tidak bohong." Kemudian beliau panggil isterinya. Lalu diberinya pengajaran, peringatan, serta dikhabarkannya bahawa seksa dunia lebih ringan daripada seksa akhirat. Jawab perempuan itu. "Demi Allah yang mengutus anda dengan kebenaran. sesungguhnya lelaki itu dusta. Nabi saw. memulai dengan yang lelaki, menyuruh suami itu bersumpah dengan nama Allah empat kali, bahawa sesungguhnya dia benar; kali yang kelima mengucapkan: jika dia dusta maka kutuk Allah atasnya. Kemudian disuruhnya pula yang perempuan bersumpah empat kali, bahawa sesunguhnya suaminya itu dusta. Kali yang kelima disuruhnya mengucapkan: Sesungguhnya murka Allah atasnya jika sekiranya suaminya yang benar. Sesudah itu Rasulullah saw. menceraikan kedua suami isteri itu.

43  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0530.
Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya: "Pada suatu ketika Nabi saw. membaca Quran. Lalu beliau sampai kepada surat yang terdapat di dalamnya ayat sajadah (ayat yang bertalian dengan perintah sujud), maka beliau sujud dan kami sujud pula bersama-sama dengan beliau, sehingga hampir saja sebahagian kami tidak mendapat tempat untuk meletakkan dahinya."

44  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0738.
Dari Kuraib, Maula Ibnu 'Abbas r.a., katanya Ibnu 'Abbu bercerita kepadanya: "Pada suatu malam dia tidur di rumah bibinya, Maimunah, Ummul Mukminin. Dia tidur melintang kasur, sedangkan Rasulullah saw. dan isterinya memanjang kasur. Beliau tidur hingga lebih kurang sampai pertengahan malam. Setelah itu beliau bangun sambil menyapu habuk dari mukanya. Kemudian beliau baca sepuluh ayat penghabisan Surat Al-Imran (ayat: 190 - 200). Sesudah itu beliau pergi ke tempat air, lalu beliau berwuduk dengan membaguskan wuduknya, dan sesudah itu beliau solat. Kata Ibnu 'Abbas, "Aku pun bangun dan ku lakukan pula pekerjaan seperti yang dilakukan Nabi saw. Kemudian aku berdiri di samping kiri beliau. Tetapi beliau memindahkan ku ke sebelah kanannya. Mula-mula beliau solat dua rakaat, kemudian dua rakaat, kemudian dua rakaat, kemudian dua rakaat, kemudian dua rakaat, kemudian dua rakaat, dan kemudian witir (satu rakaat). Sesudah itu beliau berbaring hingga terdengar muadzin melantangkan suaranya untuk azan Subuh. Rasulullah saw. bangun, lalu solat ringkas dua rakaat, sesudah itu beliau pergi ke masjid solat Subuh."

45  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0760.
Dari 'Aisyah r.a., katanya : "Pada suatu ketika Nabi saw. pernah mendengar seorang lelaki membaca Quran malam hari, lalu beliau bersabda: "Semoga Allah memberinya rahmat. Dia telah mengingatkan ku ayat-ayat yang aku tinggalkan dari surah ini dan surat itu."

46  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0698.
Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Biasanya dalam rakaat pertama sunat fajar, Rasulullah saw. membaca ayat: "Qulu amanna billahi wa ma unzila ilaina "(Al Baqarah: 136) pada rakaat kedua, ayat: "Amanna billahi wasyhad bianna musmun." (Al Maidah : 111)

47  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0352.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Pada suatu ketika, Rasulullah saw. masuk ke dalam masjid. Tidak lama kemudian, masuk pula seorang lelaki lalu dia solat. Sesudah solat dia datang kepada Rasulullah saw. sambil memberi salam. Rasulullah menjawab salamnya sambil bersabda : "Ulanglah solatmu, kerana sesungguhnya kamu belum solat." Lalu orang itu mengulang solatnya seperti solat yang mula-mula tadi. Kemudian dia datang pula kepada Nabi saw. sambil memberi salam. Jawab Rasulullah, "Wa, 'alaikassalam." Kemudian beliau bersabda pula, "Ulang lagi solatmu!" Sesungguhnya engkau belum solat." Akhirnya orang itu mengulang solatnya sampai tiga kali. Kemudian dia berkata, "Demi Allah yang telah mengutus anda dengan agama ini, sesungguhnya aku belum tahu bagaimana caranya solat yang bagus. Kerana itu ajarilah aku." Sabda Nabi saw., "Apabila engkau berdiri hendak solat, bacalah takbir lebih dahulu. Sesudah itu baca ayat-ayat Quran yang mudah bagi mu. Sesudah itu rukuk sehingga rukukmu itu sempurna sekali. Sesudah itu bangkit dari rukuk sehingga engkau kembali berdiri dengan sempurna. Kemudian sujud dengan sempurna sekali. Kemudian duduk sehingga dudukmu sempurna sekali. Perbuatlah seterusnya seperti itu setiap kamu solat."

48  
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2370.
Dari 'Abdullah r.a. katanya: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw. lalu dia berkata, "Ya, Rasulullah! Aku telah berdosa, kerana aku bermesraan dengan seorang perempuan di pinggir kota Madinah. Aku telah berbuat dosa dengannya selain bersenggama. Inilah aku datang, hukumlah aku dengan hukuman apa saja yang hendak Anda jatuhkan. Maka berkata 'Umar (bin Khaththab) kepadanya, "Seandainya engkau menutup rahsia diri mu itu, nescaya Allah tidak akan menghukummu." Kata 'Abdullah, "Nabi saw. tidak membantah sedikit jua pun ucapan 'Umar tersebut." Maka berdirilah lelaki itu kemudian dia pergi. Kemudian Nabi saw. menyuruh seseorang menyusul dan memanggilnya kembali. Lalu beliau bacakan kepadanya ayat ini: "Dan dirikanlah solat pada kedua tengah siang (pagi dan petang) dan pada bahagian pemulaan daripada malam. Sesungguhnya segala perbuatan yang baik menghapuskan (dosa) segala perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat." (Hud, 114). Maka bertanya seorang anggota jemaah yang hadir. "Ya, Nabiyallah! Apakah ayat itu ditujukan khusus bagi dia saja?" Jawab Nabi saw., "Bahkan untuk seluruh umat manusia!"

49  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0784.
Dari 'Abdurrahman bin 'Abdul Qari r.a., katanya dia mendengar 'Umar bin Khaththab berkata: "Aku mendengar Hisyam bin Hakim bin Hizam membaca surat Al Furqan, tidak seperti bacaan (qiraat) Nabi saw. yang pernah dibacakan beliau kepada ku. Kerana itu hampir saja aku bertindak kasar terhadapnya. Tetapi kemudian ku biarkan saja dia sehingga pergi. Namun ku pegang bajunya, lalu ku bawa dia ke hadapan Rasulullah saw. Ujarku, "Ya, Rasulullah! Aku mendengar orang ini membaca surat Al Furqan, tidak seperti yang anda bacakan kepada ku. Bagaimana ini?" Jawab Rasulullah saw., "Lepaskanlah dia, suruh dia membacanya kembali." Lalu Hisyam membacakan kembali bacaan seperti yang dibacanya tadi. Setelah itu Nabi saw. bersabda: "Ya, memang begitulah ayat itu diturunkan." Kemudian Nabi saw. menyuruh ku pula yang membaca. Lalu ku baca seperti yang biasa ku baca. Maka sabda Nabi saw., "Ya, ayat itu memang diturunkan pula seperti itu. Sesungguhnya Quran itu diturunkan dengan tujuh macam qiraat (bacaan). Kerana itu bacalah dengan bacaan yang mudah bagi mu membacanya."

50  
Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1385.
Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Atlah, saudara Abu Qu'ais, iaitu pakcik sesusuan 'Aisyah, pernah datang ke rumahku setelah ayat hijab (ayat yang memerintahkan supaya wanita memakai tabir) turun, dan dia minta izin hendak masuk, tetapi aku tidak membolehkannya. Setelah Rasulullah saw. datang, ku ceritakan hal itu kepada beliau, lalu beliau menyuruh ku supaya membolehkan masuk."